Terima Kasih Allah...
Assalamualaikum sahabat...
DIET & DIABETES
Pengawalan pengambilan diet adalah salah satu faktor yang penting di dalam pengawalan tahap gula darah. Ini merupakan kunci pengurusan bagi kedua-dua jenis Diabetes Mellitus. Pengambilan diet hendaklah sekata sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari demi hari.
Diet Diabetes adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti oleh semua orang. Bagi pesakit diabetes, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah.
Pengambilan diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan penyakit anda.
Diet harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas seharian.
Cadangan pembahagian kalori:
30% : Lemak
55% : Karbohidrat
15% : Protein
Matlamat Rawatan Diet
1. Untuk mengawal paras glukosa dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.
2. Untuk mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian dan umur.
3. Untuk mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti harian.
4. Untuk menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.
5. Untuk melambatkan atau mengelakkan komplikasi Diabetes.
Prinsip asas diet untuk pesakit Diabetes IDDM dan NIDDM adalah sama. Pesakit perlu memahami 3 perkara penting iaitu:
1. Apa yang hendak dimakan
2. Waktu makan yang sesuai
3. Amaun makanan yang boleh dimakan
Apa yang Hendak Dimakan?
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes.
1. Makanan yang perlu DIELAKKAN
Makanan/ minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula dalam darah dengan kadar yang cepat.
Contoh: Gula pasir, gula melaka, gula merah, gula batu, gula-gula, sirap, jeruk, halwa, kuih-kuih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat, madu lebah, jem (kecuali jem untuk diabetis), semua makanan bersalut gula, dll.
2. Makanan yang perlu DIHADKAN
Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula darah secara mendadak. Pengambilan makanan dalam kumpulan ini haruslah diagihkan pengambilan sepanjang hari, bukan dimakan sekaligus dengan banyak.
Contoh: Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/ jus, sayuran berkanji (labu), jagung, serbuk coklat, dll.
3. Makanan yang BEBAS dimakan
Contoh: Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, dll.
Pengambilan Serat yang Betul
Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air – ia membantu melambatkan penyerapan nutrien) dan serat tak larut (tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan – membantu mengelakkan sembelit). Serat yang tak larut boleh digunakan di dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat: 30-40gm sehari.
Contoh makanan yang mengandungi serat: Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta, dll.
Pengambilan Lemak yang Betul
Jenis lemak yang boleh dimakan adalah amat penting. Terdapat dua jenis lemak:
1. Lemak Tepu: Sumber utamanya adalah dari sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan ialah santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolesterol darah.
2. Lemak Tak Tepu:
a) Lemak Poli Tak Tepu
Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari, dan minyak soya. Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolesterol darah. Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang ‘sederhana’.
b) Lemak Mono Tak Tepu
Dijumpai dalam minyak kanola, minyak zaiton, minyak saflower dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Pengambilan Protein yang Betul
Protein diperlukan untuk memperbaiki tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak. Pengambilan protein 15% – 20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.
Protein boleh didapati dari sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya dll) atau dari sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu). Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.
Pengambilan Vitamin dan Zat Galian yang Mencukupi
Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromium dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden diabetes. Kromium mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk medapat diabetes.
Kajian juga menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.
Sumber: Panduan Pesakit Diabetes, Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Kangar.
PROGRAM DIABETES SHAKLEE
Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?
Suplemen asas untuk kencing manis ialah sepertimana berikut:
1. ESP (Energizing Soy Protein) : Berindeks glisemik (GI) rendah. Sangat sesuai utk pesakit diabetes.
2. Vitalea Iron Formula : Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.
3. GLA Complex: Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy.
4. Alfalfa Complex : Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah.
5. Vitamin C : Mengukuhkan kapilari dan salur darah.
6. Zinc Complex : Membantu penghasilan insulin & pemulihan luka.
7. Vivix : Sumber anti-oksidan terbaik.