Ads

jom kita kawan

Friday, August 22, 2014

santai2 dengan Make up Transformasi

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Dengan make up ni,semua boleh jadi..
biasalah..kalau dulu wanita dan make up ni mmg sebati
tp sekarang..
lelaki pun hantu make up jugak

(maaf ye kalau ada yang terkena..google je jgk gmbr ni untuk santai2..release tension)
:D

make up gaya che ta


make up gaya emma maembong


make up gaya kartun

make up gaya sape ni ehh?

make up gaya d rock

make up gaya mr.bean

make up gaya sapa dh ni..


make up gaya brad pit

make up swiss roll
:P


hahahahha jgn tension2 yer...happy2 jer keje ari sabtu.



kalau guna set ni mmg betul boleh transform.


sy pengedar shaklee kawasan lipis
012-6818241 ida omar



Wednesday, August 20, 2014

4 PETUA DIDIK ANAK DARI KECIL

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...




PETUA 1
setiap malam,apabila anak tidur, hendaklah kita wiridkan "Ya latif" ke ubun anak2 sebanyak mungkin. paling sibuk pun 100x 

PETUA 2
Selepas baca "Ya Latif",bacalah surah alfatihah 1x dan Surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) 1x

PETUA 3
Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan memanggil nama penuhnya. Perbualan dan percakapan itu mestilah yang berunsur nasihat,pujian dan bercerita tentang betapa kita sangat menyayanginya. Bicaralah tentang betapa kita selalu mendoakan mereka. bicara tengtang kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak itu sangat berkesan pada jiwa dan rohnya.

PETUA 4
 Ayah dan Ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wudhuk yang ada pada anak kita.misalnya air yang masih basah ditangan ke muka dan ubun-ubun anak.

sekian wassalam

012-6818241 ida omar
pengedar shaklee di area kuala lipis pahang

Tuesday, August 19, 2014

SET SUBUR BAJET DAN CARA MAKANNYA

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...




Suka saya nak ingatkan semula, sila buat pemeriksaan doktor disamping pengambilan supplement untuk kesuburan supaya anda tahu masalah sebenar anda. Cara makan set kesuburan Shaklee ada sedikit warna-warni yang selalu buatkan pelanggan keliru. Untuk bagi gambaran mudah, kita bahagikan kumpulan ketidaksuburan kepada 3 kumpulan dan set Shaklee yang sesuai untuk anda menurut masalah yang anda hadapi.

1- Isteri ada masalah haid yang tidak teratur, haid tak datang, hormon tak stabil.2- Suami isteri tiada masalah, dah buat pemeriksaan, semua ok tapi belum ada rezeki
3- Isteri pernah hamil tetapi keguguran

Untuk ketiga-tiga kategori ni, produk wajib ambil adalah GLA Complex. GLA Complex sangat berperanan dalam membantu kesuburan wanita selain manfaat kecantikan. Apa manfaat GLA boleh baca di entri Dapatkan zuriat..hilangkan jeragat dgn GLA shaklee. Cara makan GLA mudah sebenarnya.

 Isteri ada masalah haid yang tidak teratur, haid tak datang, hormon tak stabil

Bermula dengan masalah haid tak teratur, makan GLA Complex 1 biji selepas dinner setiap hari sehingga haid teraturJika nak makan 2 biji sehari, sebiji lagi diambil selepas sarapan dalam jam 10pagi. 10pm sekali, 10am sekali. Just nice. Mulakan dengan sebiji, jika tiada perubahan dalam tempoh dua minggu baru ambil 2 biji sehari. Kalau masih tak beri kesan sebaiknya anda tambah Alfalfa dalam list wajib ambil.

Setelah haid anda teratur dan normal, anda hanya perlu makan GLA sebiji sehari pada waktu malam dari hari pertama haid hingga ke waktu subur anda. Pernah belajar kan tingkatan 3 dulu.. Apa? Lupa? Pergi buka buku adik awak sekarang! Acah je. hehe. Ok jom belajar balik. Lihat rajah bawah ni.


Apa maksud subur? Ovulasi? Semua pernah belajar kan. Itu waktu dimana telur ovum dilepaskan. Jom ketahui cara pengiraan waktu subur anda.
Gunakan sistem jadual seperti di bawah supaya anda lebih jelas dengan perjalanan haid anda. Lorekan warna hijau pada graf menunjukkan waktu anda tak subur. Pada ketika tak subur la anda perlu makan GLA Complex dan pause makan pada hari ke 14 jika kitaran anda 28hari. Dan proses ini diulangi jika datang haid semula.





Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :

Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang. Waktu inilah anda dan suami wajib bersama bagi meningkatkan peluang kehamilan. 

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut. 



Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.


Jika haid anda lewat, tunggu sehingga 2 minggu dan lakukan ujian UPT. Jika negatif, tunggu lagi seminggu dan lakukan semula ujian UPT. Hanya jika anda sudah melakukan beberapa ujian tetapi masih negatif dan berjumpa doktor untuk mengesahkan anda belum hamil, barulah makan semula GLA Complex


Suami isteri tiada masalah, dah buat pemeriksaan, semua ok tapi belum ada rezeki
Apabila isteri tiada masalah haid iaitu haid normal dan suami pun doktor dah sahkan normal. Maka pengambilan set lengkap kesuburan mungkin boleh membantu tubuh anda memperbaiki sistem reproduktif dan menghasilkan sel sperma serta ovum yang berkualiti tinggi supaya peluang mendapatkan zuriat lebih cerah. Juga tak lupameningkatkan stamina dan menghangatkan hubungan supaya anda berdua enjoy dalam mendapatkan zuriat.



Isteri pernah hamil tetapi keguguran 

Bagi yang pernah mengalami masalah keguguran, kami mencadangkan penambahan wajib ESP dan CoQ Health bagi menguatkan kandungan akan datang. Seeloknya tunggu sehingga 6 bulan sebelum hamil lagi bagi menyediakan rahim yang cukup kuat.

Biasa soalan yang saya terima adalah "set mana yang saya perlu ambil?". Jawapannya bergantung pada anda. Apa masalah anda? Setiap set berperanan untuk selesaikan masalah kesuburan. Kalau doc cakap sperma yg masalah, CoQ la jawapannyaBerbincang dengan penjual anda yang mana anda patut beli dan mengapa. Berikut adalah ringkasan cara makan:

GLA Complex - Sebiji selepas makan (Sarapan / Dinner)
B - Complex - Sebiji selepas sarapan
Vita - E Complex - Sebiji selepas lunch
Zinc Complex - Sebiji semasa perut kosong
ESP - 1 sudu 2 @ 3 kali sehari. Sarapan / Dinner; Sarapan / 3pm / Sebelum tidur. Cara bancuh sila minta bantuan penjual anda ye.
Vitalea - Sebiji selepas lunch
Alfalfa Complex - 3 biji selepas sarapan. Dos bergantung kepada ketahanan tubuh terhadap herba. Minta bantuan penjual anda untuk dos yang sesuai.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik mana-mana set yang anda mahu. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card). Anda boleh adjust kuantiti produk yang diingini.


Beli Sekarang

ESP boleh digunakan untuk turun / tambah berat jika anda mahu. Ada tipsnya :-). Digunakan untuk menguatkan rahim bagi yang mengalami masalah keguguran. Sebenarnya ada banyak punca keguguran selain rahim tak kuat, contohnya ovum dan sperma yang tak berkualiti, kekurangan nutrisi.

Vitamin yang perlu diambil selepas makan seperti GLA, Vita-E, Vitalea kerana ia kategori larut lemak. Ia perlukan sedikit lemak untuk melarutkan vitamin tersebut.

B-Complex pula kategori larut air. Anda perlukan sekurang-kurangnya 250ml air lepas telan B-Complex ye.


Zinc pula dimakan ketika perut kosong kerana phytates yang hadir dalam roti gandum, bijirin, kekacang dan lain-lain makanan akan mengikat zinc dan menghalang penyerapan penyerapan zinc oleh usus.



012-6818241 ida omar
feel free to ask yer..
wassap/telegram/fb

kalau nk cod,sy duk kt area gua musan kelantan dan kuala lipis pahang
mna2 yg berdekatan boleh jer service ke depan pintu rumah
;-)

kredit : http://www.freevitamin.my/

Friday, August 8, 2014

DAPATKAN ZURIAT..BUANG JERAGAT DGN GLA SHAKLEE

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...






Salah satu daripada kebaikan gla complex shaklee ialah 'membantu meningkat kesuburan' yang mana pasti akan terlintas perkataan 'kehamilan' di minda masing-masing kan? Maka, ramailah yang bertanya, bolehkah GLA Complex ini membantu kehamilan?


InsyaAllah, mengambil vitamin Shaklee juga satu USAHA. Selebihnya berdoalah kepada Yang Satu. 



GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

1) Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

2) Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5. (^_-)

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur yer.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.


atau

PM untuk harga promosi

012-6818241 ida omar

nak jana pendapatan bersama kumpulan besar sy??




Wednesday, August 6, 2014

LA TAHZAN YA UMMI

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...



Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu,
mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu
adalah perempuan, nak." "Saya tak
mengerti ibu," kata si anak. Ibunya
hanya tersenyum dan memeluknya
erat. "Nak, kau memang tak akan
mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada
ayahnya. "Ayah, mengapa ibu
menangis?" "Ibumu menangis
tanpa sebab yang jelas," sang ayah
menjawab. "Semua perempuan
memang sering menangis tanpa
alasan."

Si anak membesar menjadi remaja,
dan dia tetap terus bertanya-
tanya, mengapa perempuan
menangis? Hingga pada suatu
malam, ia bermimpi dan bertanya
kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa
perempuan mudah menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah
mendengar jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku
membuatnya menjadi sangat
utama. Kuciptakan bahunya, agar
mampu menahan seluruh beban
dunia dan isinya, walaupun juga
bahu itu harus cukup nyaman dan
lembut untuk menahan kepala bayi
yang sedang tertidur."
"Kuberikan wanita kekuatan untuk
dapat melahirkan bayi dari
rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari
si bayi itu apabila ia telah
membesar."
"Kuberikan keperkasaan yang akan
membuatnya tetap bertahan,
pantang menyerah saat semua
orang sudah putus asa."
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk
merawat keluarganya walau dia
sendiri letih, walau sakit, walau
penat, tanpa berkeluh kesah."

"Kuberikan wanita perasaan peka
dan kasih sayang untuk mencintai
semua anaknya dalam kondisi dan
situasi apapun. Walau acapkali
anak-anaknya itu melukai
perasaan dan hatinya. Perasaan ini
pula yang akan memberikan
kehangatan pada anak-anak yang
mengantuk menahan lelap.

Sentuhan inilah yang akan
memberikan kenyamanan saat
didakap dengan lembut olehnya."
"Kuberikan wanita kekuatan untuk
membimbing suaminya melalui
masa-masa sulit dan menjadi
pelindung baginya. Sebab
bukannya tulang rusuk yang
melindungi setiap hati dan jantung
agar tak terkoyak."

"Kuberikan kepadanya
kebijaksanaan dan kemampuan
untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang
baik adalah yang tak pernah
melukai isterinya. Walau seringkali
pula kebijaksanaan itu akan
menguji setiap kesetiaan yang
diberikan kepada suami agar tetap
berdiri sejajar, saling melengkapi
dan saling menyayangi."

"Dan akhirnya, Kuberikan ia air
mata, agar dapat mencurahkan
perasaannya. Inilah yang khusus
kepada wanita, agar dapat ia
gunakan bila masa pun ia
inginkan. Ini bukan kelemahan
bagi wanita, kerana sebenarnya air
mata ini adalah "air mata
kehidupan."
 
LA TAHZAN YA UMMI
SYUKRAN YA ABI

wasaslam