Ads

jom kita kawan

Monday, December 15, 2014

APA ITU KELOID??

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...



KELOID... cadangan rawatan dengan GLA & VITAMIN E SHAKLEE..

KELOID... parut yang tidak tahu bila hendak berhenti membesar’... huhuhu ;((
saya ada masalah ini, rasanya keturunan, kerana nenek dan beberapa org makcik saya juga mengalami masalah yang sama. Apabila tisu mengalami kecederaan, tisu penghubung yang dipanggil fibroblas akan membahagi (menjadikan jumlahnya berganda) dan mengisi luka supaya bahagian ini bercantum. Proses penyembuhan luka biasanya meninggalkan parut. Kadangkala parut ini menjadi tebal, tetapi jika ia hanya di atas garisan luka, ia dipanggil parut hipertrofi. Parut jenis ini boleh surut selepas satu tempoh yang mungkin mengambil masa satu tahun atau lebih.


Namun, ada juga keadaan di mana saiz parut yang menebal ini menjadi semakin besar sehingga melepasi kawasan luka dan ia dipanggil keloid. Oleh kerana saiznya yang boleh bertambah, ada orang menggelar keloid sebagai ‘parut yang tidak tahu bila hendak berhenti membesar’. Berita sedihnya, ia tidak mudah untuk dihilangkan.


Keloid terjadi apabila tisu penghubung terus membahagi walaupun bahagian luka sudah dipenuhi dengan tisu baru sehingga menyebabkan kawasan luka ini menjadi timbul. Jika tidak dirawat dari awal, keloid atau parut yang timbul lebih sukar untuk ditangani.

Ia boleh berlaku pada sesiapa saja, tetapi sesetengah bahagian badan lebih cenderung mengalami keloid contohnya belakang badan, telinga, lengan, bahu dan dada. Mengapa? Tiada siapa yang tahu jawapannya, kata Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Assunta, Dr Kuladeva Ratnam. Pun begitu, keloid jarang berlaku pada muka.

Apa yang menyebabkan keloid? 
Sehingga sekarang pakar perubatan masih tidak tahu apa yang menyebabkan keloid berlaku atau mengapa sesetengah orang mengalami masalah ini. Walaupun punca sebenar keloid tidak diketahui, tetapi penyelidikan mendapati keloid adalah keadaan yang diwarisi, maknanya ada kaitan dengan faktor genetik.

Individu yang mengalami walaupun satu keloid berisiko tinggi untuk mendapat lebih banyak keloid. Biasanya keloid terbentuk apabila berlaku kecederaan kulit disebabkan tindik, jerawat, tatu, luka (sama ada akibat terbakar, pembedahan, terkena objek tajam), calar dan suntikan.

Menurut Dr Kuladeva, keloid boleh dikawal, tetapi tidak dapat dicegah kerana tiada siapa tahu bagaimana dan kenapa ia terjadi. Malah pemakanan juga tidak mempunyai kaitan dengan pembentukan keloid.


Gejala dan faktor risiko:

Keadaan parut dipengaruhi banyak faktor seperti saiz dan kedalaman luka, bekalan darah ke kawasan luka, ketebalan parut dan kecenderungan sama ada ia sama rata dengan kulit atau timbul.

Parut yang timbul ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu keloid dan parut hipertrofi. Keloid adalah parut timbul yang boleh membesar melepasi kawasan luka manakala parut hipertrofi yang tebal dan berwarna kemerahan hanya berkumpul di atas kawasan luka. Bagaimanapun, parut hipertrofi akan surut sedikit selepas satu tempoh sedangkan saiz parut keloid akan terus kekal dan tidak mengecil melainkan diberikan rawatan.

Parut keloid mempunyai beberapa ciri seperti licin, berkilat, benjolan yang agak keras dan berkumpul. Warnanya berbeza antara individu, ada yang mengikut warna kulit, merah atau coklat. Ia juga mungkin kelihatan berombak yang sekata atau tidak sekata. Keloid boleh jadi bengkak, sakit dan gatal terutama ketika pembentukannya.

Biasanya keloid berlaku selepas kulit alami kecederaan. Namun ada juga keadaan di mana parut keloid ini berlaku secara spontan, tetapi kes seperti ini sangat jarang terjadi. Pun begitu, menurut Jurnal Persatuan Perubatan Kanada, pakar percaya ia bukanlah kejadian spontan, tetapi mungkin berlaku akibat reaksi keradangan yang tidak jelas kelihatan atau terlalu remeh untuk diingati.

Rawatan
Kaedah terbaik mengatasi keloid ialah jangan benarkan ia berlaku, dalam kata lain, elakkan diri daripada mengalami sebarang perkara yang boleh menyebabkan kecederaan kulit. Terlebih dulu, doktor akan membuat pengesahan dulu sama ada parut itu keloid atau parut hipertrofi kerana kaedah rawatannya berbeza.


Secara umumnya rawatan keloid boleh dibahagikan kepada dua jenis sama iaitu pembedahan dan bukan pembedahan. Dalam kebanyakan kes, doktor akan memulakan rawatan dengan memberi suntikan steroid. Jika kaedah ini tidak berkesan, barulah doktor akan beralih kepada pembedahan.


Antara kaedah yang digunakan untuk merawat keloid ialah:
Suntikan ubat steroid pada keloid. Ia kaedah yang selamat dan tidak menyakitkan yang bertujuan mengurangkan ketebalan keloid serta mengawal pertumbuhannya. Suntikan biasanya diberikan setiap enam minggu sehinggalah kesannya dapat dilihat dengan jelas. Ia membantu meleperkan keloid, tetapi dalam steroid juga boleh menyebabkan keloid menjadi lebih merah kerana ia merangsang pembentukan salur darah baru pada kulit.
Pembedahan. Untuk mengurangkan ketebalan keloid. Keloid tidak boleh dibuang kerana ia boleh tumbuh semula. Namun, doktor mungkin mencadangkan untuk anda menjalani teknik graft kulit untuk mengurangkan ketegangan pada kulit dan menggalakkan penyembuhan secara normal. Pada masa sama ia juga mengurangkan peluang pembentukan keloid.
Jika anda mengalami masalah ini, pastikan anda mendapatkan rawatan daripada pakar kerana peluang untuk keloid muncul semula selepas pembedahan adalah sangat tinggi.
Rawatan laser. Selepas pembedahan, rawatan boleh disusuli dengan laser atau radioterapi. Kemudian rawatan diteruskan dengan kaedah bukan pembedahan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
Urutan. Individu yang ada masalah keloid boleh melakukan sendiri urutan pada parut dengan memicit dan menekan-nekan bahagian yang timbul. Selain itu anda juga boleh membalut kawasan berparut dengan tujuan memberi tekanan kepada bahagian berkenaan.
Untuk menangani masalah keloid ni, saya ada cadangan rawatan yang TERBAEKKuntuk anda!!


boleh hubungi saya untuk mendapatkan info dan consultation mengenai supplement ini, kaedah pemakanan dan cadangan rawatan. PM untuk mendapatkan harga terbaik juga!

012-6818241
ida omar

Thursday, December 11, 2014

5 CARA URUS UJIAN


Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...


Sekian lama ida tak bersiaran kat mana2 laman sosial..banyak kekangan,halangan dan dugaan yang berlaku selama mata berkelip..Allah...perasaan memang tidak dapat digambarkan..tidak pernah seumur hidup terpikirkan dugaan begini berlaku pada diri sendiri...dan yang paling hebat,diduga hingga tidak mampu untuk bercerita pada sesiapa..perasaan membuak2 ingin mengadu dan bercerita,tapi tiada kebaikan disitu..
dan sebenarnya perancangan Allah memang yang terbaik..diuji tidak dapat bercerita pada sesiapa kerana inginkan ida bercerita HANYA DENGANNYA..Allahuakhbar!!

benarlah apa yang Rasulullah s.a.w bagi perumpamaan yang Hati itu sifatnya berbolak balik seperti air yang sedang mendidih & dan menggelegak.Simpang siurnya begitu licik. Naik turun dan berbolak balik.

Sepanjang tidak bersiaran,ida banyak memerhati,berfikir dan berfikir.

so hari ni ida saja ingin berkongsi KENAPA ALLAH BAGI UJIAN???
dan ida terpikir kenapa kita cal makayah kita??kenapa kita call suami kita??
sudah tentu sbb kita igt kt diorg..rindu kt diorg kan??so sama lh dengan kenapa Allah uji kita.
Allah uji kita sbb Dia nak panggil kitaa kembali pada Dia.(kembali kt sini bknnya MATI tp kembali ketika masih bernafas...kembalikan jiwa kita padaNya...kembali mengharapkanNya...kembali memohon padaNya..
banyak nor kembalinya kan??? sebab memang Allah nk kita KEMBALI IGT padaNya.
kembali menyucikan jiwa kita yg sebelum ni hanyut..sbb itulah Allah bagi ujian tu.
tawakkal hanya kepada Allah.bersyukur dan jangan cepat melatah bila ditimpa ujian kerana makin tinggi iman seseorang,makin tggi jgk lh ujianNya.Insyaallah.


jadi layakkah kita bertanya pada Tuhan KENAPA KITA DIUJI????
sangat kurang ajar kita kalau kita masih nak tnya " Ya Allah,aku dah solat,kenapa aku diuji lagi??", "KENAPA AKU??""KENAPA AKU?"
walhal kita sedia maklum yang cinta Allah boleh tgk pada ujian yang ditimpakan pada kita.
sebenarnya setiap manusia sudah ada darjatnya tersendiri dalam syurga.jadi bilamana Allah tgk di dunia ni,amalan kita xsetimpal dengan darjat yang ditentukan kat sana,diturunkan ujian pada kita..
supaya ujian itu boleh menaikkan lagi darjat sama seperti yang ditetapkan.


BAGAIMANA KITA NAK URUS UJIAN???
1. bila berlaku ujian,yang kita suka@duka,yakinlah ini adalah keputusan Allah.Allah nak tgk hambanya redha ke x? dlm alMatssurat akan selalu baca doa ni...


"Rodhi tu Billah hi Robba! Wa bil Islami dinaa! Wa bil Muhammadin nabiyya wa rosula! Wa bil Quraani Imamaa! Wa bil Ka'baati Kiblataa! Wa bil Mu'mininaa Ikhwanaa"
( Aku redha, Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai Agamaku, dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku, dan Quran sebagai Imamku, dan Ka'bah sebagai kiblatku, dan orang mukmin sebagai saudaraku )


Istajib duaa ana ya Allah
(perkenankanlah doa kami ya Allah)
ameenn...


2.bila kita diuji,ketenangan diri sangat2 lh diperlukan dan menjadi yang paling penting.kita perlu memohon doa terahdap ujian Allah hanya pada ALLAH! jika ujian dari Allah,SOLUSI juga dari Allah.
Allah cuma nak dengar doa yang kusyuk dari hambanya.sebab itu diturunkan ujian pada kita.sbb itu pada awal2 td ida ada kaitkan Allah nk kita KEMBALI padaNya.KEMBALI BERDOA DENGAN KUSYUK!!


3.TAFAKKUR...ambik masa tuk pikir. ya Allah, apakah tujuan ujianMu ini..barangkali Kau nak kenalkan aku padaMu..+ve..memang ini lah yang patut dipikirkan..Insyaallah dengan ini,hati akan tenang dan yakin dalam membuat keputusan..


4. letakkan cita yang tinggi dlm hidup-iaitu cita2 ingin berjumpa dengan Allah.melihat wajah Allah.

dengan cara ni,kita akan redha dengan ujian yg kita dapat..

5.ISTIKHARAH!!!Paling penting sebelum membuat keputusan..kerana keputusan yang dibuat selepas solat istikharah insyaallah kita xkan menyesal..


tapi APA YANG KITA DAPAT DENGAN REDHA???


org2 yang igt pada Allah ktika ditimpa ujian,org2 yang ingat kasih sayang Allah pada mereka,mereka adalah orang2 yang dipimpin oleh Allah sepanjang hidupnya.so,kita taknak ke Allah pimpin kita dalam jalani hidup?nk merangkak sdri??jgn angkuh.kalau kita redha dalam hidup, dunia ni pun seakan2 tenang pada kita.xde huru hara langsung. selalu ingatkan diri kita.kita hanya transit di dunia.sementara je.seluruh apa yang diamanahkan pada kita,itu semua ujian dari Allah s.w.t.


apa yg kita cakap bila diuji??ISHHHHH???ADOOOHHHHH????
jadi,amalkan panggilan untuk Allah apabila ditimpa ujian.
INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
(darinya kita datang,kepadanya kita kembali)


jatuh pen,sebut INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
rumah kena pecah, sebut INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
selipar hilang, sebut INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
duit jatuh, sebut INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN

Insyaallah ujianlah yang akan merapatkan lagi hati kita dengan Allah..
Insyaallah ujianlah juga yang akan membuat kita bertaubat dan fikirkan kesalahan lampau kita..

jadi,jika diturunkan ujian,solat taubatlah..
istikharahlah..moga keputusan yang kita buat berlandaskan fikiran yang waras dan yakinlah dengan UJIAN yang Allah turunkan dan PERANCANGAN yang telah diaturkan.

moga diri kita lebih tabah dalam menghadapi UJIAN dariNYA..
insyaallah.

wassalam.moga bermanfaat

Friday, November 21, 2014

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

JOM KURUS!!Kurangkan 500 kalori sehari!!


Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


Nak kurus : Kurangkan 500 kalori sehari!!


Jangan sedih2 sampai keluarkan statement macam ni. Allah dah cipta kita cantik. Sebaik2 kejadian. Malah cantik tu kan subjektif. =)

Nak kurus kalau dah gemuk bukan mudah kan? Nak jaga makan minum. Nak jaga diet. Semua nak kena jaga. Tapi sebelum ni masa nak gemuk tu bukan main senang. Makan tidur je dah gemuk. Kejap je. Jadi jangan la expect untuk kurus atau turunkan berat dengan mudah. Kalau tau susah nak turunkan berat badan, why get fat at the first place? Hehe. Jangan sampai jadi macam gambar bawah ni sudah.




Jangan sampai weight scale menjerit ok. Hehe. Takpe2. Masih belum terlambat untuk kita sama2 slim melim. Meh saya kongsi 10 cara untuk kurangkan 500 kalori dalam sehari. Sebab kunci untuk kurangkan berat badan hanyala dengan cara mengurangkan pengambilan kalori pada setiap hari. Macam mana nak kurangkan sampai 500 kcal sehari? Jom tengok macam mana.


Tap your foot.Dalam erti kata lain, banyakkan la berjalan. Sebab berjalan kan bagus untuk kesihatan. Cuba banyakkan pergerakan. Berjalan ketika jawab telefon, berjalan masa reply SMS, lakukan banyak pergerakan dengan tangan dan kaki. Pendek kata bergerakla. Kalau nak kurus takkan boleh kurus kalau pemalas. Kalau keje tido je mana nak kurusnya?


Jauhkan diri daripada kekacang
Jauhkan diri kita daripada kekacang. Apatah lagi kalau dalam mangkuk besar. Memang tak berenti makan kan? Lagi besar mangkuk kacang tu lagi banyakla potensi kita nak makan. Ni kajian yg dilakukan oleh Universiti Cornell ok. Bukan sekadar cakap2 gitu je. =) Memang betul kekacang ni ada lemak yg baik untuk jantung, tapi jangan lupa yg kekacang ni tinggi kalori! 1 tangan penuh dengan oil roasted mixed nuts ada 175 kalori. 3 genggam penuh tangan dah ada 525 kalori. Cuba jangan makan kacang dan kita dah jimat lebih dari 500 kalori. Kalau tak dapat tahan diri daripada kekacang, makan la kacang cerdik atau pun pistachios. 2 genggaman penuh tangan kita hanya 159 kalori dan kulit kacang cerdik ni boleh menghalang kita makan kacang dengan laju. Ye la, kena kopek kulit kan leceh sikit. Takdela sedap belasah kacang. Hehe.


Jangan makan di hadapan televisyen
Ni memang betul. Kalau makan depan televisyen, maka lagi bersungguh kita makan. Tengok pulak cerita best2. Siap berpinggan tambah pon tak sedar. Makan di hadapan televisyen menyebabkan kita berpotensi untuk makan 288 kalori lebih daripada makan di meja makan. Ni kajian daripada University of Massachusetts. Jadi seeloknya, makan di meja makan, dan ubah 1 jam masa menonton televisyen kepada 1 jam berjalan2 di luar rumah atau dalam rumah. Dengan cara ni, 527 kalori boleh dikurangkan dan dibakar.


Hadkan topping salad
Salad kan sihat? Memang betul makan salad ni bagus. Tapi topping atas salad tu yg kita kena hati2. Gravy nya tu mak aih. Sedap lemak berkrim i tell u. Caesar salad misalnya, saya suka sos caesar yg masam2 tu. Hehe. Thousand island pon best jugak. Sebab tu kalau kita kurangkan pengambilan topping salad ni, kita dapat kurangkan sehingga 500 kalori dan lebih. Cuba hadkan dressing tu kepada 1 jenis je. Dan kurangkan topping sekali. Tak perlu la kruton tiap kali makan salad. Kan bagus kalau camtu? Kalau nak pelbagaikan topping salad tu bole la amik benda yg lebih berkhasiat macam lada benggala panggang, bawang yg dah digril atau cendawan. Kemudian dressing tu pulak, cuba guna separuh je. Hehe. Kalau tak, salad biasa akan mempunyai lebih banyak kalori daripada lasagna atau fettucine alfredo, cheese crumbles, kacang karamel, avocado dan buah buahan kering.



Gunakan pinggan bersaiz kecil
Ok, ni permainan minda namanya. Kalau sebelum ni kita guna pinggan 12 inci, kita guna pula pinggan 10 inci. Kita akan makan kurang 20%-25% daripada biasa. Dan memang betul, kita takkan rasa lapar sebab minda kita disuap dengan imej yg makanan di atas pinggan tu dah cukup untuk kita.



Kurangkan whipped cream
Memang sedap. Lagi2 kalau makan dengan desert. Ice blended yg ada whipped cream pon best sangat. Tapi tu la, kalau nak turunkan berat badan, paling tidak kena kurangkan ambil krim ni. Lagi bagus kalau tak makan langsung. Sebab dessert ni boleh ada sehingga 670 kalori. Kslori rasa craving whipped cream sangat pon, cuba ambil whipped cream dengan espresso yg jumlah kalorinya ada la dalam 30. Jimat 640 kalori dah kat situ kan!!



Count your chips n crackers (Tengok jajan korang ok)
Cuba jangan makan jajan atau snacks dari dalam plastik yg besar atau kotak atau tupperware atau apa saje bekas yg besar sbb possibility kita untuk makan banyak tu memang besar. Mungkin bole abis 1 beg plastik atau 1 bekas. Haha. Dapat pulak tengok depan tv. Mmg syok la kan. Kalau makan chips, ambil 15 keping je. Dalam 140 kalori. Kira ok la untuk lepaskan teringin.


Serve & sit
Kaedahnya macam ni, ambil pinggan, ambil makanan dan kemudian duduk di meja makan. Kalau macam ni potensi untuk makan banyak sebab lauk pauk banyak terhidang depan mata ni kurang. Hehe. Kalau macam ni beratus2 kalori dapat dikurangkan dalam sehari. 


Kurangkan makan pasta
Kadang2 tekak ni teringin jugak nak makan pasta kan. Tapi kalau nak kurangkan berat badan, pasta la antara makanan yg kita kena kurangkan. 1 mangkuk pasta selalunya 220 kalori. Tapi kalau menu dinner biasa di restoran selalunya 480% lebih besar daripada 1 mangkuk tadi. Maksudnya dah lebih kurang 1056 kalori kat situ. Kalau kita makan 2 mangkuk mee pon baru 616 kalori. Nampak bahaya pasta di restoran camna?


Limit your dinner guests
Haha. Nak tergelak pon ada. Kenapa kena kurangkan tetamu time dinner ni? Bukan tak bole ajak kengkawan datang dinner sekali. Tapi kalau kita makan dengan 7 orang tetamu atau lebih, maka kita boleh makan 96% lebih daripada biasa. See. Fakta penting ni. Sebab bila makan ramai2 ni seronok. Bila berborak lupa dah berapa kali tambah makanan. Jadi kurangkan makan dengan ramai orang. Boleh save sehingga 500 kalori kalau camni haa. Hehe.


Ok, tu antara cara nak kurangkan pengambilan kalori dalam sehari. Hehe. Banyak lagi sebenarnya. Nanti kalau rajin saya kongsi ye.


Pendek kata kalau nak kurus memang kena cek pengambilan kalori. Mula2 cek berapa keperluan kalori kita mengikut berat badan dan umur kita. Lepas dah cek, kira kalori yg kita ambil setiap hari. Kalau boleh bakar lebih banyak kalori daripada kalori yg kita ambil. Kalau kalori yg dibakar lebih banyak, maka boleh la kita kurus. Tapi kalau kalori yg kita kumpul walau pon 10 kalori sehari, at the end of the month dah jadi 300 kalori. Camno nak kurus kalo camtu. Sikit2 lama2 jadi bukit. Sikit2 lama2 jadi sempit. Hehe


Oh ye, kalau nak boost metabolisme dalam badan kita supaya lebih aktif dan kencang, boleh ambil Omega Guard Shaklee. Dah la promo bulan ni kan. Bagus sangat sebab dapat meningkatkan metabolisme dalam badan kita. 



omega tengah promosi sekarang tw!!


Atau kalau nak lagi gempak, bole amik cinch tea shaklee. Memang terus berpeluh2 bertenaga.






Ingat konsep 3B dalam Shaklee. Bakar, Buang, Bina otot. Penting sangat ni. Sebab nak turunkan badan ni lagi susah sebenarnya. Kena disiplin dan konsisten. =)


Ni set 3B Shaklee:







Jimat baaaanyak dengan set 3B ni sebab ada yg boleh tahan sehingga 4 bulan. Takdela tiap bulan nak kena keluarkan duit beli set kurus. Hehe.


Nak cuba? 
ORDER NOW!!!!


PM/Call/SMS/WhatsApp 012-6818241 ok!! 

Saya bagi HARGA HEBAT, TAWARAN MENARIK & KONSULTASI PERCUMA. Untuk yg beli dengan saya je la. =)

moga bermanfaat semua

Friday, November 14, 2014

KEBAIKKAN DAN KEBURUKKAN MENGURUT KETIKA HAMIL

Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

hai ibu ibu hamil semua. sihat ke semua... ok hari ni kita cite2 pasal preggy2 jer yer..hihihi kawan2 ramai yang sedang hamil..sbb tulah saya nak up 1 entry mengenai mengurut ketika hamil. Kadang2 kita ibu hamil ni ada juga mengalami masalah selalu letih, tak bermaya dan sakit sakit badan. ye.. ada juga ibu ibu hamil yang sentiasa cergas, sihat dan tiada mengalami masalah yang saya nyatakan diatas. Kira beruntung la ibu ibu hamil yang senantiasa cergas dan tiada perkataan penat dalam diari hamil mereka. 

macam saya dulu, sejak saya bujang, dah berkahwin dan dalam pantang dan juga selepas bersalin walaupun anak dah besar, saya tetap amalkan amalan berurut badan ni. walaupun ada yang mengatakan seperti manjakan diri, tapi pada saya mengurut ni banyak kebaikkannya. Terutama ketika dalam pantang.. boleh mengurut tapi jangan la usik perut. Urut ni untuk melancarkan peredaran darah. So badan memang rasa ringan lepas mengurut. 

ok..meh saya share apa kebaikkan mengurut ketika hamil :-


1. Mengurangkan bengkak di kaki dan ditangan - kerana urutan yang betul dikatakan boleh melancarkan pengaliran darah

2. Meredakan sakit otot dan tulang - lebih lebih lagi ditulang belakang dan tapak kaki

3. Mengurangkan rasa STRESS terutama stress ditempat kerja..: p

4. Membantu ibu hami supaya mudah tidur.. 

ok.. saya juga tak katakan yang mengurut ketika hamil tiada keburukkan dia. ada tu tetap ada kan.. jom kita tengok apa keburukkan mengurut ketika hamil..

Keburukkan mengurut adalah boleh menyebabkan kesakitan seperti "kontraksi" dan menyebabkan "trauma" kepada uri sehingga berlakunya abruptio placenta.sebab tu tak boleh mengurut dikawasan perut. 

Jadi ibu hamil yang berisiko contohnya mereka yang pernah mengalami kelahiran pra matang dinasihatakan mendapatkan nasihat doktor sebelum pergi mengurut.


sedapnyeee dia mengurut


moga bermanfaat.
nak sembang2 lanjut,boleh jer wassap saay terus yer or pm kt FB

012-6818241
ida omar

Monday, November 10, 2014

2 JENIS BUASIR







Terima Kasih Allah... 



Assalamualaikum sahabat...

Hari ni ida nak berkongsi pasal BUASIR pulak yer..
Bagi ibu-ibu yang sedang hamil,lepas bersalin,majority mempunyai masalah ini kan??

Buasir tu apa dia sebenarnya???

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memeri' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.




Terdapat 2jenis buasir iaitu:


MAAF JIKA GAMBAR SANGAT NGERI 


i) Buasir dalaman - lazimnya buasir jenis ini tidak terasa sakit @ gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari saluran najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.


ii) Buasir luaran - buasir jenis luaran selalunya kita dengar yang mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit, bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.Gejala inilah yang memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan @ bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang sebelumnya.


Apakah yang menyebabkan buasir?


Meneran (ketika najis keras @ sembelit)-jika najis keras,anda dinasihatkan untuk ambil Herblax yangboleh melembutkan najis

Cirit-birit

Duduk mencangkung terlalu lama

Batuk yg teruk

Bersalin

Mengangkat barang berat

Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan homoseksual


Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir sekiranya mempunyai ahli keluarga yang menghidap buasir serta sering mengalami masalah sembelit.


Di sini saya cadangkan beberapa jenis supplement bagi membantu masalah buasir anda, antaranya ialah Zinc Complex, Ostematrix dan Omega Guard




OSTEMATRIX : membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur


ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit.ZINC COMPLEX membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.


TIP ELAK SEMBELIT
Selain ambil bekalan supplemen,anda juga dinasihatkan untuk banyakkan minum air kosong,makan buah-buahan dan makan sayur..

Jika anda dalam pantang,1 petua yang boleh ida kongsikan untuk elakkan sembelit ialah banyakkan makan sayur sawi dan epal hijau..



Untuk dapatkan konsultasi daripada saya secara exclusive/atau inginkan produk ni dengan harga PROMOSI,
boleh wassap

012-6818241
ida omar

@
jika ingin beli terus,boleh 


sekian,moga bermanfaat

Sunday, November 9, 2014

5 Jenis RUAM


Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Harini Ida nak share pasal RUAM yer.Ruam yang berlaku pada anak2 kita,pada kita sendiri..

Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergik atau bahan penyebab (dermatitis). Bercakap mengenai masalah kesihatan berkaitan kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit. Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh, ruam menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang. Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal. Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka.


Antara Punca - Punca ruam adalah :


Ruam bukan selalunya berlaku pada kali pertama anda berhubung dengan alergen atau bahan iritasi. Keadaan apabila berlakunya tindak balas dengan bahan tersebut, menyebabkan berlakunya ruam. Ruam tidak merbahaya tetapi lazimnya menyebabkan kegatalan, kadangkala sehingga terluka. Antara alergen utama yang menyebabkan berlakunya ruam atau dermatitis ialah - Tumbuhan beracun seperti ivy, oak atau sumac, Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, kosmetik atau losyen, Barang kemas atau fabrik.

Ruam juga didapati muncul selepas terdedah kepada serangga atau parasit seperti hama. Anda boleh mendapat ruam apabila anda berjalan ke kawasan luar bandar atau mengembara di dalam hutan. Ruam menjadi penanda masalah kulit yang kronik seperti jerawat, ekzema, psoriasis atau dermatitis seborrheic. Sebab-sebab lain termasuk ruam kering, cuaca sejuk, cuaca yang amat panas (ruam panas) dan tekanan emosi. Emosi seperti kekecewaan atau rasa malu boleh menyebabkan ruam yang gatal. 

Keperluan untuk rawatan perubatan sering bergantung kepada gejala-gejala. Terdapat ruam yang berlaku dengan gejala-gejala lain seperti sesak nafas atau demam, menandakan sejenis tindak balas alahan atau jangkitan yang serius. Periksa tanda-tanda anda untuk memutuskan jika dan apabila anda perlu berjumpa doktor. Anda juga harus lah perlu tahu jenis-jenis ruam.


Antara Jenis-Jenis Ruam Adalah :


1) Ruam Panas ....kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah-celah kulit berketak-ketak. Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas. pabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya. Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk. Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.




2) Ruam Susu ....kesan daripada lelehan susu yg dibiarkan dan tidak dilap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi. Ruam susu biasa nya terdapat pada kulit si kecil terlihat kemerahan, membengkak, dan bersisik di sekitar pipi. Ruam ini menimbulkan rasa gatal dan memicu anak menggaruk area yang terkena ruam, membuat anak gelisah dan rewel. Rasa gatal semakin menjadi-jadi saat malam hari dan sangat mengganggu tidur anak. Pipi adalah kawasan kulit bayi yang sering terkena titisan susu. Keadaan ini disebabkan juga bayi tersebut mengalami alahan kepada susu berasakan protien lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang berada di peringkat usia yang masih muda. jesteru itu, ibu bapa harus lah menukarkan susu lembu kepada susu yang berasakan soya. Ibu bapa juga haruslah memastikan setiap maknanan yang di berikan kepada bayi adalah selamat untk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka.



3) Ruam Lampin ....terlalu lama dibiarkan memakai kain lampin/lampin pakai buang, kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. Kandungan dalam lampin pakai buang seperti bahan kimia, losyen atau bahan wangian boleh meningkatkan sensitiviti terhadap ruam berbanding lampin kain. Walau bagaimanapun, lampin pakai buang lebih menyerap lembapan dan bayi anda akan lebih kering. Maka, risiko terhadap ruam juga berkurangan. Menariknya, kajian menunjukkan reaksi bayi terhadap lampin kain atau lampin pakain buang adalah berbeza-beza. Sesetengah bayi kurang risiko ruam lampin apabila memakai lampin kain atau pun sebaliknya. Untuk jalan penyelesaian mudah, pastikan anda menyalin lampin secepat mungkin selepas anak anda membuang air kecil atau besar kerana pendedahan kulit terhadap najis dan air kencing akan meningkatkan risiko ruam lampin. Jika anak anda mempunyai ruam lampin yang teruk, pertimbangkan menukar jenis lampin yang dipakai sama ada lampin kain atau lampin pakai buang. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin terdapat juga faktor lain yang memainkan peranan dalam ruam yang dialami.





4) ekzema ....rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Ada dermatis - kemerahan, kuping, bengkak. Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis atau ekzema atopik(ekzema bentuk yang paling biasa). Ekzema atopik selalunya berlaku dikalangan kanak-kanak, tetapi ia boleh juga berlaku keatas orang dewasa atau dikalangan mereka yang usia lanjut. Untuk pengetahuan anda juga, ekzema adalah keadaan kulit yang kronik di mana kulit menjadi gatal, merah, kering dan merekah. Kira-kira 30% daripada semua keputusan diagnosis keatas simptom kulit melibatkan ekzema atopik. Ia memberi kesan yang sama kepada lelaki mahu pun wanita serta orang-orang dari latar belakang etnik yang berbeza. Kebanyakan kes di Eropah Barat, Amerika Utara dan Australia menjelaskan bilangan orang ramai yang dijangkiti penyakit ekzema ini telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini dan ini termasuklah di Asia dan Malaysia.





5) Allergy ....kulit merah dan gatal dgn tiba2, biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak berpanjangan.Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen bahan yang membangkitkan reaksi dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal. Tidak semestinya, dan agak sukar dikesan bagi bayi. Contohnya, ramai bayi akan mendapat lelah apabila diserang infeksi saluran pernafasan respiratori atas. Ini sebenarnya bukan tanda alergi, dan kebanyakan bayi akan hilang kecenderungan untuk mendapat lelah apabila mereka menjadi matang. Sekiranya lelah itu berlaku tanpa selesema, dan masih kekal apabila dia mencapai usia tiga tahun, pakar pediatrik anda mungkin akan meminta anda supaya menyimpan buku catatan setiap kali bayi anda menunjukkan simptom ini. Diagnosis asma lazimnya boleh dibuat berdasarkan sejarah bayi dan tindak balasnya terhadap ubat bronchodilators yang melegakan.




Kebanyakan ruam akan hilang tanpa rawatan perubatan. Rawatan di rumah selalunya boleh melegakan kesakitan dan gatal-gatal sehingga ruam hilang. Jika anda mempunyai ruam, anda tidak perlu berada dalam hubungan dengan kanak-kanak atau wanita hamil. Kebanyakan virus yang menyebabkan ruam adalah berjangkit, terutamanya jika ia turut menyebabkan demam.

Untuk RUAM DEWASA- ORDER NOW!!
Untuk RUAM ANAK2 KECIL- ORDER NOW

P/S: AWAS!! Untuk anak2 yang bawah 1 tahun,dilarang ambik VIT.C Chew& MEALSHAKE kecuali atas risiko sendiri..cukup gunakan Herbalblend sebagai sapuan.Dan Ibu yang menyusu ambik Vit.C dan Bcomp supaya kesannya dapat juga pada anak.

untuk pertanyaan lanjut,boleh hubungi saya terus yer

012-6818241
ida omar
penasihat kesihatan anda


5 Tip merawat Resdung



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


Ada tak antara kawan-kawan ida yang ada RESDUNG??
Pernah tak korang duk auchemm..auchemmm..auchemmm tiap2 pagi??(bersin ler tuu) :P
dah puas berubat tapi belum ada rezeki nak sembuh..
dah habis makanan pantang tak boleh makan tapi macam tu la jugak..








tengok gambar2 kat atas tu..scary je kan???

 Jom saya bagi sedikit tip bagaimana mengurangkan resdung.

Jika korang sedang mendapatkan rawatan resdung, boleh baca kombinasi doa-doa ini:


1.Baca surah al-Fatihah

2.Baca Selawat syifa'

3.Baca Surah al-Israa' ayat 82 ...7 kali sambil tangan memegang hidung

4.Baca doa di bawah ini 7 kali sambil tangan kanan memegang hidung



5. Hiris halus 3 biji bawang merah,ambik 2 helai daun sirij dan secubit biji sawi..Masukkan kedalam magkuk dan tuangkan air yang mendidih.wapkan ke muka anda.
amalkan selalu.

itu serba sedikit tip yang boleh saya kongsi dengan korang semua..
moga bermanfaat yer..

dan kalau ada yang nak ambik set resdung dengan saya,boleh click terus kt bawah yer..

ORDER NOW!!

dan kalau nak dapatkan consultation dari saya dulu,wasap terus ke 

012-6818241
ida omar

Insyaallah saya cuba yang terbaik tuk korang semua

hug with love






Tuesday, November 4, 2014

Amalan ibu hamil dari bulan 1 - bulan ke 9

Terima Kasih Allah... 


 Assalamualaikum sahabat...



Sekadar perkongsian ilmu yg sy baca dari buku ensiklopedia perbidanan,so sy kongsi serba sedikit apa yang boleh kita sama2 amalkan. sy bukanlah pakar tapi sekurang2nya bagi yang pertama kali hamil,sahabat ada 1 rujukan tentang apa yang nak dibuat.
paling tidak doa apa yang harus kita amalkan,makanan apa yang kita perlu makan,apa pantang larang ibu hamil dll..
apa yg ana baca,ana translatekan mengikut kepahaman kita sbb dlm buku ni byk perkataan2 lama diguna pakai.panjang sketlah entry kali ni..hihihi
dan skli lg sy mtk maaf sbb ada doa2 atau ayat2 suci  al-quran,sy hanya tulis guna rumi jer..jadi sahabat boleh rujuk dalam al-quran je k untuk bacaan,sebutan yang betul.



BULAN PERTAMA
pada waktu ni,x byk perubahan yg berlaku pada bakal ibu kecuali xdtg bulan.bgaimanapun,badan akan rasa amt letih dan akan ada sensitif pada bau-bauan,nafsu makan yg tinggi.ada jgak yg akan suka pada benda yang pelik2.time ni jgk akan rasa loya-loya dan muntah.
bakal ibu akan rasa kelainan pada fizikal dan emosi.

BULAN KEDUA
time ni,ibu akan rasa denyutan jantung akan lebih cepat dari normal. ini kerana organ jantung ibu terpaksa mengepam lebih banyak darah.dlm tempoh ni jgk otak dan kemaluan janin akan mulai terbentuk.
payudara ibu jgk akan rasa mengembang sket.perut terasa kembung dan sensitif.kadang2 akan rasa pitam dan pening. kalau berlaku pitam dan pening2 ni,petua org tua2 suruh kita minum air didih nasi yang pekat digaul dgn garam dan diminum ketika suam.
di penghujung bulan kedua,ibu akan rasa kerap nak buang air kecil,dan susah nk buang air besar. 
pada minggu ke-7,pergerakan janin sudah mulai dikenal pasti.dan ibu disarankan ambil makanan berdaging atau byk makan kekacang seperti soya,sayuran protein spt brokoli.

BULAN KETIGA
uri mula terbentuk dan tisu tulang mula timbul.janin akan membesar sekitar 3 1/2 - 4 inci.sifat janin akan bertambah dengan pembentukan mata dan kelopak mata.jantina bayi juga sudah dapat dikenal pasti.dan bila usia cukup 3 bulan, ibu akan dapat rasa penimbulan ketulan janin terutama pada waktu pagi.
dan ibu perlu banyak berehat serta lebihkan berzikir dan berdoa bagi menjauhi sebarang masalah seperti keguguran. biasanya ibu sangat lemah pada kandungan di tahap ini.
ibu bapa perlu amalkan sikap yang baik,dan jauhi membunuh binatang kerana takut terkenan.
untuk jauhkan keguguran,ibu digalakkan membaca "Ya Malika lmulk"-wahai Yang Empunya Pemerintahan sebanyak 212x selepas solat fardhu dari bulan ke-3 hingga ke-6.ia juga untuk kecerdasan dan kesihatan bayi dalam kandungan.

BULAN KE EMPAT
rasa loya akan berkurang,ibu hamil mula mempunyai nafsu makan. payudara makin membesar dan puting akan berubah warna kelopak tetek menjadi bertambah gelap. perut pulak makin membesae dan timbul satu jalur di bahagian tengah perut bermula dari bahagian hulu hati terus ke bahagian tulang yg terletak betul2 dibawah ari-ari. mengikut ilmu bidan2 melayu ,jaluran itu boleh jadi petanda cara kelahiran bayi nanti.
jaluran yang lurus,tidak putus menandakan proses kelahiran yg bakal dihadapi adalah mudah
jaluran yg tidak lurus menandakan kesukaran.
biasanya jaluran itu akan hilang sesudah 100 hari bersalin.itu pun kalau ibu bijak menjaga diri semasa pantang. time ni jgk ibu akan rasa pergerakan dalam kandungan.

BULAN KELIMA
bayi dah capai saiz 18.5cm dan beratnya 500gram.time ni plak,ibu biasanya akan mengalami sembelit dan akan mudah dapat buasir dan juga masalah lelehan pada faraj. kadangkala lelehan turut menibulkan bau yang tidak menyenangkan serta terasa gatal. oleh itu,ibu haml perlu prihatin terhadap pemakanan. jauhi makan belacan,ikan kering, jeruk,pekasam dan segala makanan laut kecuali ikan.

BULAN KEENAM
apabila masuk minggu -24,bayi mempunyai sifat yang lebih sempurna.Rambut,kening dan bulu mata mulai lebat. kulitnya halus dan bahagian tulang juga mengeras. ukuran panjang ialah 25cm.
pergerakan bayi lebih cerdas dan kadang2 boleh dilihat pada perut ibu.
ibu akan lebih kerap buang air kecil,terasa lenguh2 dan bisa2 dibahagian kaki,belakang pinggang dan sentiasa akan lapar.

BULAN KETUJUH
minggu-28, bayi membesar sekitar 27.5cm.bayi sudah cukup sifat dan jika dilahirkan waktu ini,insyaallah selamat. dan ibu pula akan mengalami selera makan yang tinggi,mengalami masalah kenaikan berat badan.
ketika ini,ibu akan kerap mengalami kejang otot atau sesetengah org panggil "tarik mengkarung". kadang2 terasa badan terlalu berat hingga tercungap2 kerana pendek nafas. ibu hamil juga akn kerap buang kecil dan mula tak selesa untuk tidur waktu malam.dan ibu dinasihatkan jangan ambik minuman sejuk atau makanan sejuk.(tp sy selalu terbabas jgk :( )
dan perbanyakkan amal zikir "YA ZALJALAA LIWALIKRAM" untuk menetapkan dan menstabilkan posisi bayi hingga cukup bulan

BULAN KELAPAN
apabila mggu ke-32,bayi makin cepat membesar.beratnya mningkat 2.5kg-3kg..pnjgnya plak dlm 30cm.
tulang bayi mula mengeras,dan bayi sudah pandai tersedu dan menangis dan mulai tunjuk respon pada sebarang suara dan bunyi-bunyian dan juga cahaya.
kelahiran pada waktu ini ada berisiko kerana bayi mengalami proses penyusunan semulasifat bayi iaitu mengemaskini sifat bayi sebelum kembali alam dunia.
jadi perbanyakkan amal surah Anbiya ayat 87 " LA ILAA HA ILLA ANTA SUBHA NAKA INNI KUNTUU MINA DZOLIMI"- tiada tuhan selain Engkau,Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan org yg zalim.
seterusnya amal ayat Siti Maryam bagi memudahkan bersalin
"HANNA WALADAT MARYAMA WAMARYAMU WALADAT 'ISA UKHRUJ AYYUHAL MAULUD" - Hanna melahirkan Maryam,Maryam melahirkan isa,keluarlah hai anak yang dilahirkan
dan jika terjadi kandungan terlebih masa ata sakit berpanjangan
"ALLAHUM MA YASSIR WALA TU'ASSIR RABBI TAMMIM BILKHOIR"-Wahai Tuhan,mudahkanlah dan janganlah Engkau payahkan,wahai Tuhanku,sempurnakanlah dengan kebaikan.



BULAN KESEMBILAN
sekarang dh smpai masa untuk melahirkan.bayi pun dah ambik kedudukan kt pintu rahim dh.time ni,doa pada 8 bulan td mesti diamalkan hingga tiba masa melahirkan.


selamat beramal untuk sy sdri dan bakal2 ibu...

*sori sy ltk tulisan rumi je bagi ayat2 tersebut.boleh rujuk Al-quran je k..xpun kt hp boleh la install app i-Quran pro..lg senang..hihihi

sambil2 tu,jom follow BeautifulAsywaq sbb byk lg bnda dlm buku ni nk kongsi..hihihi

moga bermanfaat

wassalam.


Monday, November 3, 2014

11 Tip untuk hamil dengan cepat



Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...



11 Tip untuk hamil dengan cepat 


Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat. 
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. 

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi. 
Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
Memasak
Bersenam
Mendengar muzik
Membaca dan mendengar audiobooks
Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
Beromantik dengan suami

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari

kalau inginkan supplement untuk membantu,boleh order sini yer

untuk dapatkan konsultasi dari saya dulu pun boleh
wassap jer terus 
012-6818241
ida omar

moga bermanfaat yer ;-)