Ads

jom kita kawan

Tuesday, August 27, 2013

alkesah suami alahan ketika isteri hamil

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

lama xmencoret khabar kt sini kn??walaupun xde yg tnya khabar..hihihi
just quick update jer..straight to the point la kn..
suami alahan ketika isteri hamil???
ada x sahabat rasai pengalaman cmni atau pernah dgr pengalaman kawan2??
nak percaya,susah gk kalau xde bukti drpda kajian saintifik kn..hihi 
sbb secara logiknya suami istri tidk mempunyai perkaitan darah atau genetik keturunan.
taknak percaya pun xbleh gk..sbb org tua2 ckp,pembawakan anak...ada jgk pernah baca dlm mr google nih yg suami alahan truk ,isteri hamil anak pertama.. ada gk yg ckp kdg2 suami xnk istri tanggung kesakitan tu, mohon pada Allah dipindahkan kesakitan tu pada si suami..
tp macamana pun,itu semua kerja Tuhan.dia sebaik2 perancang..

mcm ana,seyesli xde rasa sakit apa2 spnjang hamil ni..ana pun heran la jgk kn..tp bersyukur sgt2 sbb xde gngguan ape2 dan boleh buat keje dgn sng..hihi

tp yang ana heran bin ajaib,sepanjang ana hamil ni,suami lak sakit macam2...
pening..sakit kepala..sakit pinggang..sakit belakang..demam..dan bermacam2 sakit lg lh..
ana pikir mungkin semua sakit yang sepatutnya ibu mengandung rasai goes to my hubby..
really pity him..

mggu lepas 3 hari xbgun..terlepek jer atas tilam..bgun mndi,mkn,solat..pastu baring balik..
katanya lenguh 1 bdn..lenguh pinggang..duduk sekejap jer,pastu kena baring dh sbb sakit..
kesian sgt2..tiap2 malam kepala berat n pening..badan xpyh ckp la..mmg panas sgt2...
air cap badak,100plus mmg ada kt tepi tilam...

kesian kn???tp ana pn xtw nk buat mcm mana..sedih pun ada tgk hub cmtu..

ya Allah,permudahkan urusan kami dunia akhirat,sembuhkanlh kesakitan kami..hanya Engkau yang maha Penyembuh.tiada yang lain yang berkuasa menyembuhkan segala penyakit kecuali Engkau ya Allah.
Amin..

wassalam

Friday, August 2, 2013

Sedikit tip masa mengandung

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Salam.


Entri ni agak panjang dari yang biasa. Ianya berkaitan dengan info tentang mengandung. Teruskan membaca wahai bakal-bakal ibu. InsyaAllah sedikit sebanyak, kita dapat menambah ilmu semasa mengandung. (Credits to Forum bakal ibu)



................................................................................................



Tanda-tanda hamil :

  • Si isteri mengidam macam-macam termasuk juga si suami. Si suami kadang-kadang akan meminta itu dan ini tatkala mengidam. Adakala, si suami loya dan jugak muntah-muntah. 
  • Morning sickness bermula di minggu yang ke-7 sehingga ke minggu 12 ataupun minggu 13 ataupun melebihi minggu 13.
  • Perut terasa sakit. Rasa macam kembung perut. Senak dan pedih ulu hati.
  • Period tak datang dan kala ada pun, hanya sedikit.
  • Sakit belakang dan pening kepala. Lidah terasa pahit.
  • Sembelit. Kerap berlaku ketika mengandung.
  • Puting payudara berwarna hitam dan semakin gelap. Payudara semakin membesar dan sakit.
  • Muntah-muntah. Ada juga bakal ibu yang tiada langsung loya dan muntah.
Anda HAMIL?
  • Alhamdulillah. Anda harus berjumpa doktor sakit puan secepat mungkin kerana anda perlu mengesahkan kehamilan dan juga untuk memastikan kehamilan terletak di dalam rahim dan bukannya di luar rahim. Juga untuk menentukan sama ada janin kita hidup atau normal.
3 Bulan pertama
Ini merupakan tempoh janin dibentuk dari nutfah (air mani) kepada alaqah dan menjadi mugdah dan seterusnya menjadi janin yang lengkap dengan organ serta anggotanya. Organ yang pertama yang terbentuk adalah JANTUNG. Denyutan jantung dapat dikesan melalui ultrasound seawal minggu ke-6 lagi.
Cegah Keguguran
  • Rehat sebanyak yang mungkin.
  • Cukupkan tidur 8 jam. Tidur awal dan bangun awal. 
  • Jauhkan dari stress fizikal dan mental.
  • Jangan lakukan perjalanan jauh atau berpanjangan.
  • Jauhkan dari suhu yang agak panas, pencemaran udara, racun serangga, bahan kimia, X-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat doktor anda.
Mencegah kecacatan bayi
  • Ambil folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga ke akhir kandungan.
  • Makan nasi, roti, asparagus, jus oren, sayuran hijau, buah-buahan dan susu. Susu penting untuk pembentukan tulang baby.
  • Berserah dan tawakal kepada Allah. Berdoa setiap masa agar di kurniakan zuriat yang baik dan sempurna. 
Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa

Petua Orang Tua
  • Ketika isteri hamil, si suami janganlah menganiaya binatang atau membunuhnya. Kononya, amalan ini boleh menyebabkan anak yang di kandung akan lahir cacat.
  • Minum air kelapa untuk membersihkan lendir-lendir semasa bersalin nanti.
  • Tak boleh duduk di akar kayu - di khuatiri akan tertinggal uri.
  • Kalau mandi, jangan lilit tuala di sekeliling leher - di khuatiri tali pusat melilit di leher bayi.
  • Petua orang Cina - minum air sarang burung setiap hari - kulit dan mata bayi akan cantik.
Nasihat lain
  • Rajinkan diri membaca Al-Quran dari surah Maryam, Yusof, Lukman, Yaasiin. 
  • Kafein boleh merencatkan pembesaran bayi manakalan nenas mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada bayi.
  • Elakkan buah nangka dan cempedak sebab mendatangkan angin kepada perut ibu.
  • Jangan simpan atau bela kucing sebab najis kucing boleh menjejaskan bayi.
Nasihat Pemakanan
  • Jangan makan nenas, tapai, air tebu - Sebab ianya makanan berasid dan tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan dan boleh menyebabkan keguguran.
  • Jangan makan pucuk atau ulam-ulaman yang hidup melarat di atas tanah - di takuti uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
  • Jangan makan ulaman yang berbau seperti petai, jering, kerdas waktu hujung kandungan - Air ketuban akan berbau busuk.
  • Jangan minum ais - Akan melemahkan anggota tubuh badan. 
  • Jangan membuat perjalanan jauh di waktu awal 3 bulan kandungan - di khuatiri rahim lemah dan tidak dapat menahan dari keguguran.
Banyakkan:-
  • Minum air susu, air soya, air suam.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Ambil folic asid untuk penambahan darah.
Amalan di hujung kandungan:
  • Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
  • Minum air kelapa bagi membantu menghilangkan masalah kerak kepada bayi dari berlarutan.
  • Ikuti kelas latihan persediaan bersalin supaya nanti tidaklan kita terjerit-jerit sewaktu nak bersalin.