Terima Kasih Allah...
Assalamualaikum sahabat...
ni perkongsian dari http://didikanquran.blogspot.com/
berikut adalah video adik berumur 3 bulan mengaji..
Dibawah adalah apa kata ibu Adik Jannah ni :
"Saya mama kepada Jannatul Adni yang pernah sms Puan Lina yang memaklumkan mengenai perkembangan positif anak saya dalam penerapan didikan Al-Quran. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang sangat prihatin dalam menitikberatkan didikan yang terbaik untuk anak kami sejak dalam kandungan lagi. Setelah saya disahkan mengandung, dia akan memastikan tidur kami perlu dipasang dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Suami saya lah orang pertama yang memperkenalkan blog Puan Lina yang sarat dengan info dan panduan dalam mendidik anak-anak dengan permulaan asas didikan Al-Quran dari peringkat umur seawal bayi. Pada mulanya saya agak kurang yakin untuk mendidik anak saya yang masih bayi lagi. Tapi, suami saya yang banyak memberikan galakan dengan membeli segala bahan bacaan seperti buku-buku Al-Barqy, pelbagai CD bacaan ayat-ayat Al-Quran dan juga flash card. Dia jugalah yang sentiasa mengingatkan saya untuk membaca email dan blog Puan Lina. Dengan perkongsian info dan panduan yang amat bermanfaat dalam didikan anak-anak yang diberikan oleh Puan Lina melalui kiriman email kepada saya dan suami, saya terapkan dalam jiwa anak saya yang kini baru sahaja berusia 3 bulan.Selepas sahaja bayi kami lahir, suami saya pasti akan mendukung bayi kami dan mendodoikannya sambil membaca surah-surah di dalam Al-Quran dan zikir. Setiap kali selepas anak saya bangun dari tidur, sebelum tidur ataupun selepas mandi, saya mengambil masa untuk mengajarnya dengan penggunaan flash card dan bacaan surah-surah lazim. Subhanallah, hampir setiap kali bila saya dan suami saya membacakan surah seperti Al-Fatihah, 3 Qul dan surah-surah lain, anak saya turut mengikutnya (dalam bahasa dan intonasinya sendiri). Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat untuk saya dan suami dalam mendidik anak kami supaya dapat mengikut jejak langkah seperti Darwisya dan Darwish. InsyaAllah...Ameen..."
Moga-moga kita juga diberi kesihatan,kekuatan dan kesabaran untum mendidik dan melahirkan khalifah Allah.semoga anak-anak dikurniakan minda dan kecerdasan dalam mengharungi hayatnya.amin.
wassalam.