Terima Kasih Allah...
Assalamualaikum sahabat...
Ida bukanlah sorang yg alim nak berdakwah kepada sekalian alam..tp Ida rasa patut sampaikan walau sepotong ayat..hari tu tgk program halaqah.ustazah faizah bercerita pasal dugaan..kenapa Tuhan bagi kt kita??bagaimana nak urus ujian ??dan banyak lg lah..tp ida xde idea nak tulis dan masih mencari2 idea.so arini rasa mcm ada dh sket idea tu..cuma isau gk boleh ke x nk olah biar maksudnya sampai..hihihi
KENAPA ALLAH BAGI UJIAN???
ok ida tanya balik..kenapa kita call mak ayah kita??kenapa kita call suami kita??
sudah tentu sbb kita igt kt diorg.rindu kt diorg kan??so sama lh dengan kenapa Allah uji kita.
Allah uji kita sbb Dia nak panggil kitaa kembali pada Dia.(kembali kt sini bknnya MATI tp kembali ketika masih bernafas...kembalikan jiwa kita padaNya...kembali mengharapkanNya...kembali memohon padaNya..
banyak nor kembalinya kan??? sebab memang Allah nk kita KEMBALI IGT padaNya.
kembali menyucikan jiwa kita yg sebelum ni hanyut..sbb itulah Allah bagi ujian tu.
tawakkal hanya kepada Allah.bersyukur dan jangan cepat melatah bila ditimpa ujian kerana makin tinggi iman seseorang,makin tggi jgk lh ujianNya.
jadi layakkah kita bertanya pada Tuhan KENAPA KITA DIUJI????
sangat kurang ajar kita kalau kita masih nak tnya " Ya Allah,aku dah solat,kenapa aku diuji lagi??", "KENAPA AKU??""KENAPA AKU?"
walhal kita sedia maklum yang cinta Allah boleh tgk pada ujian yang ditimpakan pada kita.
sebenarnya setiap manusia sudah ada darjatnya tersendiri dalam syurga.jadi bilamana Allah tgk di dunia ni,amalan kita xsetimpal dengan darjat yang ditentukan kat sana,diturunkan ujian pada kita..
supaya ujian itu boleh menaikkan lagi darjat sama seperti yang ditetapkan.
BAGAIMANA KITA NAK URUS UJIAN???
1. bila berlaku ujian,yang kita suka@duka,yakinlah ini adalah keputusan Allah.Allah nak tgk hambanya redha ke x? dlm alMatssurat akan selalu baca doa ni...
"Rodhi tu Billah hi Robba! Wa bil Islami dinaa! Wa bil Muhammadin nabiyya wa rosula! Wa bil Quraani Imamaa! Wa bil Ka'baati Kiblataa! Wa bil Mu'mininaa Ikhwanaa"
( Aku redha, Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai Agamaku, dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku, dan Quran sebagai Imamku, dan Ka'bah sebagai kiblatku, dan orang mukmin sebagai saudaraku )
Istajib duaa ana ya Allah
(perkenankanlah doa kami ya Allah)
ameenn...
2.bila kita diuji,ketenangan diri sangat2 lh diperlukan dan menjadi yang paling penting.kita perlu memohon doa terahdap ujian Allah hanya pada ALLAH! jika ujian dari Allah,SOLUSI juga dari Allah.
Allah cuma nak dengar doa yang kusyuk dari hambanya.sebab itu diturunkan ujian pada kita.sbb itu pada awal2 td ana ada kaitkan Allah nk kita KEMBALI padaNya.KEMBALI BERDOA DENGAN KUSYUK!!
3.TAFAKKUR...ambik masa tuk pikir. ya Allah, apakah tujuan ujianMu ini..barangkali Kau nak kenalkan aku padaMu..+ve..
4. letakkan cita yang tinggi dlm hidup-iaitu cita2 ingin berjumpa dengan Allah.melihat wajah Allah.
dengan cara ni,kita akan redha dengan ujian yg kita dapat..
tapi APA YANG KITA DAPAT DENGAN REDHA???
org2 yang igt pada Allah ketika ditimpa ujian,org2 yang igt kasih sayang Allah pada mereka,mereka adalah orang2 yang dipimpin oleh Allah sepanjang hidupnya.so,kita xnk ke Allah pimpin kita dalam jalani hidup?nk merangkak sdri??
jgn angkuh.
kalau kita redha dalam hidup, dunia ni pun seakan2 tenang pada kita.xde huru hara langsung.
selalu ingatkan diri kita.kita hanya transit di dunia.sementara je.seluruh apa yang diamanahkan pada kita,itu semua ujian dari Allah s.w.t.
apa yg kita cakap bila diuji??
ISHHHHH???
ADOOOHHHHH????
jadi,amalkan panggilan untuk Allah apabila ditimpa ujian.
INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
(darinya kita datang,kepadanya kita kembali)
jatuh pen,sebut INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
rumah kena pecah, sebut INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
selipar hilang, sebut INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
duit jatuh, sebut INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
sama2 kita ingatkan diri sendiri dan orang lain.
apa yg ida dengar, ida olah dan terjemahkan di keyboard..moga sama2 dapat sedikit sebanyak manfaat dari ini.
wassalam.