Ads

jom kita kawan

Tuesday, July 8, 2025

KUAT & REDHA

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Tak semua orang yang bangun pagi tu… kuat.
Ada yang bangun sebab dia tak ada pilihan.
Sebab dunia tak pernah tunggu orang yang penat."
Aku pernah jumpa orang yang senyum…
tapi mata dia macam dah lama berhenti percaya.
Pernah dengar suara orang ketawa…
tapi bila kau duduk diam dengan dia,
kau tahu jiwa dia tengah berdarah.
Tapi dia tetap jalan.
Dia tetap layan anak.
Tetap kerja.
Tetap jawab, “Saya okay…”
Padahal dia tak pun.
Sebab hidup ni…
tak pernah pause.
Tak tunggu kita lelah.
Tak tunggu kita sembuh.
Dan paling kejam,
ia tetap bergerak walaupun hati kita hancur,
dan satu dunia buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.
"Be strong."
Itu nasihat orang luar.
Tapi mereka tak nampak kita menangis atas lantai bilik air,
tak boleh tarik nafas sebab dada terlalu berat.
Tak nampak macam mana kita pakai baju,
bersiap macam biasa,
tapi dalam hati…
kita cuma nak hilang.
Tapi anehnya…
kita tetap hidup.
Kita tetap pergi kerja.
Tetap jawab WhatsApp.
Tetap kemas dapur.
Tetap basuh baju anak.
Bukan sebab kita kuat.
Tapi sebab kita dah tak tahu nak buat apa selain teruskan.
Itulah erti sebenar bertahan.
Bukan epic comeback.
Bukan semangat luar biasa.
Kadang… cuma bernafas.
Cuma duduk diam.
Cuma tak terjun dari tebing tu hari ini.
Dan kalau hari ni kau masih ada…
Masih bangun.
Masih jawab call.
Masih pandang cermin walaupun tak tahu siapa diri kau sekarang…
Itu kekuatan.
Yang paling sunyi.
Yang paling sebenar.
Yang paling jarang orang nampak.
Mungkin satu hari nanti,
akan ada seseorang yang nampak betapa keras kau cuba.
Dia akan jatuh cinta…
bukan sebab rupa,
tapi sebab cara kau bertahan dalam senyap.
Sebab parut-parut kau yang bercerita…
tentang seorang manusia yang pernah hampir hilang…
tapi tetap pilih untuk hidup.
Dan waktu tu, baru kau faham…
Yang kau tak pernah kalah.
Cuma tengah dalam perjalanan untuk pulih.
Kalau hari ni kau penat…
Rehatlah.
Tapi jangan padam cahaya tu.
Sebab ada orang kat luar sana…
tengah cari harapan dalam mata orang yang pernah jatuh —
tapi masih sanggup bangun,
lagi… dan lagi. kredit : Page FB Meski Hati Terluka, Aku Tetap Tersenyum
 

Wednesday, September 9, 2020

5 Tips Luka Pembedahan Cesarean Cepat Sembuh



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...



Saat melahirkan anak adalah pengalaman yang paling bermakna bagi seorang ibu. Pastinya para ibu tak sabar-sabar ingin melihat wajah bayi yang mendiam dalam perut selama 9 bulan lalu. Alhamdulillah.

Namun, proses berpantang selepas bersalin adalah agak mencabar terutamanya bagi ibu-ibu yang melahirkan anak dengan kaedah pembedahan atau cesarean(C-sect).

Kita memerlukan lebih banyak masa untuk memastikan luka betul-betul pulih berbanding dengan luka bersalin normal. Normal atau cesarean tak penting. Yang penting semuanya selamat. 


Berikut adalah 5 petua untuk mempercepatkan proses pemulihan supaya kita boleh cepat sembuh dan menghabiskan masa dengan bayi yang memerlukan sepenuh perhatian dari ibunya.
1.0 Banyakkan Masa Untuk Berehat

Cesarean dikategorikan sebagai pembedahan major. Sama seperti mana-mana pembedahan major yang lain. Tubuh memerlukan masa untuk pulih kembali. Biasanya ibu akan ditahan di wad selama 3 ke 4 hari selepas pembedahan. Lebih lama jika ada komplikasi.

Berikanlah masa sehingga 6 minggu kepada badan kita untuk kembali pulih sebelum melakukan rutin harian yang biasa.


Cakap memang mudah. Memang diakui susah untuk hanya berbaring sahaja di katil sedangkan bayi mengharap sepenuh perhatian dari si ibu.

Kita selalu dengar nasihat dari orang tua. Berehatlah atau tidurlah sekali bila bayi kita tidur. Cuba tidur bila-bila masa sahaja bayi kita tidur. Ini amat membantu.

Tak perlu bersusah payah melayan tetamu jika kita rasa tidak larat. Berehatlah sahaja di katil. Mereka tentu akan faham dengan situasi kita.

Minta bantuan dari suami atau keluarga sekiranya ingin menukar lampin atau membuang air.
2. Manjakan Diri Sepanjang Tempoh Ini

Kita perlu lebih berhati-hati bila melakukan sebarang pergerakan. Elakkan naik dan turun tangga selagi boleh. Letakkan barang keperluan berhampiran dengan kita supaya kita tak perlu bangun dan bergerak dengan kerap.

Jangan angkat sesuatu yang lebih berat dari bayi kita. Mintalah bantuan dari pasangan atau keluarga untuk melakukannya. Setiap kali bersin dan batuk, pastikan kita memegang perut untuk melindungi kawasan luka pembedahan.

Kita perlu tunggu biasanya sehingga minggu ke lapan (2 bulan) untuk melakukan rutin harian seperti biasa. Rujuklah doktor jika anda rasa sudah boleh kembali bekerja, memandu dan sebagainya.


Bersabarlah dari melakukan hubungan seks sehingga doktor memberikan lampu hijau buat anda dan pasangan.

Elakkan senaman berat tetapi senaman dengan berjalan perlahan-lahan sangat digalakkan secara kerap. Gerakan ini akan membantu tubuh untuk pulih, mencegah sembelit dan darah beku.

Kita juga perlu mengawal emosi seperti juga fizikal. Jangan dilupa kesihatan emosi perlu stabil. Ibu perlu beradaptasi dengan kehidupan selepas bersalin terutamanya dalam tempoh berpantang. Menjaga bayi memang akan mudah berasa letih, sedih dan kadangkala terlalu sensitif dengan orang sekeliling. Berkongsilah dengan pasangan atau ahli keluarga jika perlu. Luahkan emosi untuk ketenangan minda.

3. Waspada Dan Tahu Bila Masa Untuk Hubungi Doktor


Kita mungkin akan berasa tidak selesa dan sedikit pedih di tempat luka. Mungkin juga akan terjadi pendarahan dan lelehan di kawasan itu sehingga 6 minggu. Itu adalah normal. Tak perlu gusar.

Namun, sekiranya terdapat gejala-gejala berikut, jangan berlengah lagi untuk berjumpa doktor kerana mungkin berlakunya jangkitan kuman:
Kemerah-merahan
Bengkak atau nanah meleleh dari luka
Rasa sakit di sekitar kawasan luka
Demam yang lebih daripada 100.4 darjah Fahrenheit atau 38 darjah Celcius
Bau faraj yang kuat dan tidak menyenangkan
Pendarahan yang banyak keluar dari faraj
Kaki kemerah-merahan atau bengkak-bengkak
Mengalami kesukaran bernafas
Rasa sakit dada
Rasa sakit di bahagian payudara

Hubungi doktor jika anda berasa sedih dan mood tak menentu terutamanya jika mempunyai pemikiran untuk mencederakan bayi. Itu adalah sindrom kemurungan/meroyan (pos-partum depression).


4. Fokus kepada Pemakanan Yang Baik


Pemakanan yang baik adalah rahsia kepada kesihatan yang baik. Sama sahaja pentingnya untuk menjaga pemakanan semasa pantang dan semasa tempoh kita hamil.

Lebih-lebih lagi jika kita menyusukan bayi. Kita adalah masih sumber utama bayi untuk nutrisi. Makan pelbagai jenis makanan sihat akan membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh bayi. Sekaligus membantu bayi untuk kekal sihat dan menguatkan tubuh.

Kajian menunjukkan bahawa makan sayur-sayuran semasa menyusu akan memberikan rasa (flavour) dalam susu ibu. Ini akan meningkatkan keseronokan untuk bayi dan meningkatkan jumlah penyusuan susu ibu oleh anak.

Kita juga perlu minum banyak air. Ibu berpantang memerlukan cecair tambahan untuk meningkatkan bekalan susu badan dan untuk mengelakkan sembelit.
5. Pengambilan Multivitamin Untuk Segera Sembuhkan Luka


Anda juga disarankan untuk mengambil diet yang kaya dengan zink dan zat besi untuk memulihkan luka pembedahan dengan cepat. Untunglah di zaman kita sekarang ini, pengambilan multivatimin amat membantu.

Pengambilan Set Berpantang Shaklee sangat membantu saya dan ramai lagi ibu diluar sana. Vitamin seperti Vitalea yang kaya dengan Zat besi amat perlu memandangkan kita banyak kehilangan darah ketika bersalin. Begitu juga dengan Zinc Shaklee yang amat berkesan menyembuhkan luka pembedahan dengan lebih cepat.

Kredit: celik vitamin

Nak order?

www.wasap.my/60126818241

BERTUKAR KULIT DARI DAYANG SENANDUNG

Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Korang prnah tak mengalami saat2 kulit KUSAM sangat?
 Ida pernah tau..siapa2 yang kenal ida dulu2,memang tahulah camna ghuper ida..
Legam! 
Hahahaaha tambahn pula,kat unimas,ida join palapes.. 
Memang tak risau apa pun sebab kulit memang dah legam kan,jadi legam lah selamanyaaaaaaaaa..

Tapi bila dah habis belajar,masuk kerja,nak nangessss rasa.. Rasa kerdil sangat bila tengok rakan2 ofis,semua kulit putih melepak,siap lipstik,make up bagai.
 Hinanyaaa rasaaaa sob..sob :'-( sob. :'-( :'-( 

Dan lepas tu,pulun la beli macam2 sebab nak cantik mcm orang lain.. 
Kalau tak cantik pun,paling tidak,tak de lah legam cam dayang senandung kan.

Dan,sekarang customer ni pulak yang hadapi fenomena bersalin kulit nim





Dengan hanya 2 bulan,jauhhhh sangat berbeza kulit wajah customer ni. Memang puas hati sangat katanya.. Mahu tak..dah cun melecun dah tuuuu <3

Shaklee bukan sekadar untuk berbisnes tetapi untuk bantu orang sekeliling kita juga. 

Anda ada masalah kulit muka kusam?

Jom dapatkan ESP SHAKLEE dari ida
012 6818241

click www.wasap.my/60126818241

DOA ANAK SOLEH

Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...


Letakkan tangan di ubun2 kepala anak. Mulakan dengan asmaul husna, 


Ya Fattah 
Ya Alim
Ya Nur
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Hafiz
Ya Muhaimin


YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK2 KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH. 


Seterusnya titipkan doa ini. 
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ


الرَّØ­ْÙ…َÙ†ُ (1) عَÙ„َّÙ…َ الْÙ‚ُرْآنَ (2) Ø®َÙ„َÙ‚َ الْØ¥ِÙ†ْسَانَ (3) عَÙ„َّÙ…َÙ‡ُ الْبَÙŠَانَ (4)


Pasakkan niat ibu ayah buat anak2. 
Ya mujib.

Tuesday, September 10, 2019

Guna 3 Perkataan Ini Jika Anda Nak Buatkan Prospek Baca Iklan Anda Sampai Habis!

Terima Kasih Allah... Assalamualaikum sahabat...

Guna 3 Perkataan Ini Jika Anda Nak Buatkan Prospek Baca Iklan Anda Sampai Habis!



Menulis ayat iklan tak susah.
Yang susah, nak pastikan mereka baca sampai habis, berminat & rasa nak beli dari kita.
Jadi pada hari ini, saya nak kongsikan 3 idea kepada anda.
Bagaimana nak rampas perhatian prospek & buatkan mereka baca iklan kita sampai habis?
Ok jom kita lihat idea penulisan yang pertama.
Guna 3 Perkataan Ini Jika Anda Nak Buatkan Prospek Baca Iklan Anda Sampai Habis!

5 Kesilapan Semasa Menulis Iklan Yang Ramai Tak Tahu!

Terima Kasih Allah... Assalamualaikum sahabat...

Ketahui 5 Kesilapan Semasa Menulis Iklan Yang Ramai Tak Tahu!



Pernah tak anda rasa nak give up menjual di online?
Dah buat macam-macam cara, tapi semuanya tak menjadi. Setiap hari post status, orang hanya like jer. Sangat sikit yang tanya nak beli. Kalau dapat jual 1 pcs pun, rasa bersyukur sangat.
Sampai anda rasa, berniaga ini bukan bidang anda. Anda sedih sangat tak dapat jual. Rasa macam buang masa, buang tenaga.
Pernah rasa macam ini?
Ketahui 5 Kesilapan Semasa Menulis Iklan Yang Ramai Tak Tahu!

Cara Tulis Headline Yang Memukau Kurang 5 Saat!

Terima Kasih Allah... Assalamualaikum sahabat...

Cara Tulis Headline Yang Memukau Kurang 5 Saat!



Dalam konteks pengiklanan visual (Facebook, Instagram, Surat Khabar), benda pertama yang kita kena mahir adalah tarik perhatian. Bila mana kita berjaya tarik perhatian. Itu petanda awal iklan kita akan di baca.
Antara fakta yang kita kena faham ialah manusia sibuk.
Sibuk dengan hal masing-masing. Kalau dia tak sibuk pun, dia akan buat-buat sibuk. Ya, itulah asal sifat manusia.
“Manusia yang paling sibuk adalah manusia yang tak buat apa-apa” 
Jadi apa perlu kita buat?

Ketahui 17 Rahsia Supplier Dropship China Yang Menghasilkan 5 Angka Jualan di Ebay!

Terima Kasih Allah... Assalamualaikum sahabat...

Ketahui 17 Rahsia Supplier Dropship China Yang Menghasilkan 5 Angka Jualan di Ebay!



Kali ini saya nak dedahkan mengenai supplier dropship china yang boleh memberikan kepada anda alternatif untuk anda memulakan bisnes di ebay secara dropship.
Kesemua supplier ini adalah supplier china yang menggunakan bahasa inggeris.
Sebenarnya selain dari aliexpress.com, masih ada banyak lagi website lain yang anda boleh gunakan.
Mari saya bocorkan kepada anda antara website yang ebay seller gunakan untuk jual barang di ebay.
Ada 17 website ke semuanya.
Ketahui 17 Rahsia Supplier Dropship China Yang Menghasilkan 5 Angka Jualan di Ebay!

Monday, September 9, 2019

21 Manfaat Mineral Zink Pada Kita Yang Tak Ramai Ambil Tahu



Inilah 21 Manfaat Mineral Zink Pada Kita Yang Tak Ramai Ambil Tahu


Zink merupakan satu mineral penting yang memainkan peranan utama dalam sintesis protien dan membantu mengawal sel dalam sistem imun manusia. Ia paling banyak dijumpai dalam otot, sel darah putih dan merah, retina mata, kulit, hati, buah pinggang, tulang dan pankreas. Air mani dan kelenjar prostat juga mengandungi sejumlah besar zink.

Dalam tubuh manusia, terdapat lebih daripada 300 enzim yang berbeza yang memerlukan zink untuk berfungsi secara normal. Para penyelidik percaya bahawa 3000 protein daripada kira-kira 100,000 dalam badan terdiri terutamanya daripada zink.

Seseorang yang normal mengandungi 2-3 gram Zink. Terdapat organ-organ tubuh manusia yang merembeskan Zink, seperti kelenjar air liur, kelenjar prostat dan pankreas. Malah sel-sel yang terlibat dalam aktiviti sistem imun juga merembeskan zink. Oleh itu, ia digunakan dalam pelbagai proses metabolik dan dihapuskan melalui saluran perkumuhan dan kencing, oleh kerana itu kita perlu memastikan keperluan zink dalam badan sentiasa mencukupi.


Gejala Kekurangan Zink
Pertumbuhan terbantut
Tekanan darah rendah
Hilang selera makan
Hilang bau dan rasa deria
Kemurungan
Kulit kasar dan pucat
Pengurangan berat
Cirit-birit
Keguguran rambut
Keletihan
Bintik putih di bawah kuku jari




Sumber makanan yang paling penting untuk zink adalah

daging
tiram
turnips
kacang, oat
kacang tanah
badam
bijirin gandum
biji labu
akar halia



Manfaat Kesihatan

#1 : Kesihatan Kulit

Kajian menunjukkan zink merupakan mineral yang penting dalam penyembuhan dan jerawat kerana fungsi salah satu zink ialah merangsang fungsi sel darah putih. Se-sel darah putih penting dalam penyembuhan dan mempertahankan tubuh daripada jangkitan seperti kudis, ulser, luka akibat terbakar, luka pembedahan dan lain-lain jenis luka. Zink juga diperlukan untuk pengeluaran kolagen, tisu penghubung yang diperlukan untuk pembaikan dan pertumbuhan semula kulit.

#2 : Ekzema

Juga dikenali juga sebagai ‘dermatitis atopic’. Ekzema adalah keradangan kronik pada kulit dan ia adalah disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan baik. Keradangan ini boleh diatasi dengan mengimbangi semula kandungan zink dalam darah kita.

#3 : Jerawat

Mineral ini adalah penting untuk mengurangkan jerawat dari kulit. Ia mengawal jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan menyebabkan jerawat. Selain itu, zink juga terlibat dalam sintesis kolagen. Ini seterusnya membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan meningkatkan penyelenggaraan kulit yang sihat. Dengan peranan merangsang sel darah putih zink menghalang jangkitan bakteria dan virus terutama pada luka-luka yang terdedah dan jerawat yang bernanah. Pengambilan zink yang mencukupi boleh mnegurangkan parut jerawat.

#4 : Kesihatan Prostat

Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Mereka yang menghadapi masalah prostat disarankan untuk mengambil 15mg zink setiap hari. Kajian menunjukkan zink yang mencukupi di dalam badan dapat menguragkan pertumbuhan tumor dalam prostat.

#5 : Fungsi Kognitif

Zink membantu fungsi mental kerana ia boleh berpasangan dengan vitamin B6 untuk memastikan fungsi neurotransmitter yang optimum untuk berkomunikasi dengan badan. Zink juga didapati dalam kepekatan yang tinggi dalam hippocampus, yang mengawal pemikiran dan ingatan. Bagi mereka yang mengalami kecederaan, pengambilan zink tambahan akan mengekalkan fungsi otak yang kuat, kerana badan secara semula jadi mengalihkan zink ke bahagian-bahagian badan yang lain untuk tujuan penyembuhan.

#6 : Deria Bau Dan Rasa

Kajian menunjukkan pengambilan zink yang mencukupi dapat meningkatkan deria bau dan rasa

#7 : Selsema

Zink dapat mengurangkan kadar selsema atau penyakit-penyakit ringan yang lain seperti demam kerana ia mengurangkan sitokin proradang yang memburukkan kadar selsema dan demam kita.

#8 : Pengurangan Berat Badan

Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan bagi individu obes. Beberapa kajian menunjukkan zink berkait dengan penurunan nafsu makan, yang menghalang makan berlebihan. Ini kerana zink berupaya merencatkan hormon ghrelin, yang memberitahu badan apabila ia mahu makan.

#9 : Kehamilan

Zink penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia perlu untuk pertumbuhan sel dan diperlukan semasa aktiviti enzim berlaku semasa kehamilan.

#10 : Kesihatan Sistem Pembiakan

Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks, manakala bagi wanita, zink penting dalam semua fasa pembiakan, termasuk kelahiran dan penyusuan. Zink melindungi DNA pembiakan di dalam sperma.

#11 : Fungsi Biologi

Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres modulasi, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

#12 : Menentang Jangkitan Dan Mempercepat Penyembuhan Luka

Zink membantu seseorang meningkatkan kadar penyembuhan luka samaada luka dalaman atau luaran, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Ia juga melindungi daripada jangkitan kulat, termasuk radang paru-paru dan konjunktivitis.

#13 : Antioksidan

Zink bertindak sebagai antioksidan dan berfungsi dalam sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat.

#14 : Kanser

Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kelenjar prostat yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser. Sifat-sifat antioksidan semulajadi zink berupaya menentang radikal bebas.

#15 : Botak

Kekurangan zink di dalam badan boleh mendorong kepada masalah botak

#16 : Kelesuan Kronik

Zink adalah penting untuk fungsi normal otot dan ramai penyelidik percaya bahawa keletihan otot adalah salah satu punca utama keletihan kronik. Oleh itu, zink adalah tambahan yang ideal untuk meningkatkan tahap tenaga anda.

#17 : Kerapuhan Tulang

Zinc adalah komponen hydroxyapatite, iaitu garam dan berfungsi menjadikan matriks tulang yang kuat dan keras. Kekurangan zink di dalam badan boleh menyebabkan kerapuhan tulang dan osteoporosis

#18 : Rabun malam

Pengambilan Zink dalam kuantiti kira-kira 150-450 mg membantu untuk memperbaiki penglihatan anda. Vitamin-A, yang merupakan bahagian yang penting dalam meningkatkan penglihatan malam, tidak dapat berfungsi tanpa zink.

#19 : Bintik Putih Di Kuku

Bintik putih di kuku adalah tanda kekurangan zink yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.


#20 : Diabetes

Membantu menghasilkan pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes

#21 : Aturan Enzim

Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.


Mengenali Zinc Complex

Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ia berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dari tubuh.


Dengan harga RM50 mengandungi 120 biji tablet ia banyak membantu para ibu yang baru lepas bersalin secara pembedahan atau normal untuk penyembuhan luka dengan cepat. Juga membantu kesuburan lelaki dan mencegah masalah prostat.



Sekiranya korang mempunyai tanda-tanda seperti kekurangan zink, boleh dapatkan zink complex ni. 



Hubungi saya :


Whatsapp ida 
📲60126818241

Atau klik sahaja link ini ⤵️

Sunday, July 28, 2019

WANITA BERGELAR ISTERI





"Abang keluar sekarang! Saya tak suka tengok muka abang!"
Saya ambil kunci. Ambil anak dan masuk kereta.
Isteri call
'Abang pergi mana? Kenapa tinggalkan saya?'
Allahu. Saya patah balik dan masuk rumah.
"Kalau nak keluar, keluarlah. Saya tak paksa pun abang nak pergi mana!"
Saya duk depan pintu. Serba salah nak keluar ke nak masuk ni. Masuk nanti salah, keluar lagilah salah. Saya duduk tepi rak kasut.
"Abang ni, kenapa duduk situ? Kotorkan! Masuklah!"
Saya masuk dengan anak sekali. Kami duduk macam tetamu yang datang nak beraya. Rasa asing di rumah sendiri.
Duduk sampai tertido. Sedar-sedar isteri dah baring di riba. Habis basah airmatanya membasahi seluar saya.
Nak bagitahu apa?
Itulah isteri kita. Dia makhluk yang paling ajaib pernah kita jumpa. Dia tiba-tiba macam bidadari dari syurga, kadang-kadang macam geram je kita rasa. Kadang nak cubit secubitnya.
Allah ciptakan mereka untuk kita. Tak percaya? Buka Al Quran dan bacalah.
Kita yang lelaki ni boleh tegak berdiri.
Perempuan ni memang memang dia punya senget dan kona boleh lari sana sini.
Sabarlah.
Itu sahaja Allah pesan pada kita.
Kalau tak boleh sabar, gigitlah pokok pisang tu berkali-kali!
Via Abu Hurairah Asifa
Share!

Monday, July 22, 2019

9 TESTIMONI PESAKIT STROKE






ANTARA IKHTIAR  SELAIN KE KLINIK

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE UNTUK STROKE

TESTIMONI VIVIX STROKE #1 | PERTUTURAN SUAMI MAKIN PULIH SETELAH BERIKAN VIVIX SELAMA 1 TAHUN

Terbaru saya ternampak perkongsian di dalam group iReach tentang suami kepada seorang ahli group. Suaminya menghidap stroke yang turut melemahkan badan dan membuat suami tersebut sangat susah nak bercakap. Kita ikuti kisahnya..


Tapi alhamdulillah biiznillah setelah amalkan Vivix Shaklee, keadaan suaminya hampir pulih.

TESTIMONI VIVIX STROKE #2 | BACAAN KOLESTEROL TURUN & TAK PERLU MAKAN UBAT DARAH TINGGI DENGAN PENGAMBILAN VIVIX


TESTIMONI VIVIX STROKE #3 | DOCTOR NASIHAT TERUSKAN PENGAMBILAN VIVIX UNTUK PULIHKAN MINOR STROKE


TESTIMONI VIVIX STROKE #4 | MAMPU BANGUN DAN BERJALAN SENDIRI SELEPAS 7 HARI AMALKAN VIVIX SHAKLEE


TESTIMONI VIVIX STROKE #5 | BOLEH BERDIRI SELEPAS 2 MINGGU AMALKAN VIVIX


TESTIMONI VIVIX STROKE #6 | PESAKIT STROKE BOLEH BERGERAK SELEPAS 1 MINGGU MINUM VIVIX


TESTIMONI VIVIX STROKE #7 | MILD STROKE PULIH SELEPAS 3 HARI MINUM VIVIX


TESTIMONI VIVIX STROKE #8 | PESAKIT STROKE DAH BOLEH JALAN 


TESTIMONI VIVIX STROKE #9 | STROK SEMAKIN PULIH SELEPAS CONSUME 3 BOTOL VIVIX


Kos Vivix untuk 2 bulan hanya RM475.Sayangi insan tersayang. Beri lah peluang untuk mereka menikmati keindahan setiap saat kehidupan.






KLINIK JEGA, KOTA BHARU

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...


.
.

Pertama kali ke KLINIK JEGA,seperti yang ramai orang review,sangat bagus untuk orang stroke.

             

 

Jadi,sebagai ikhtiar,kami pun bawa juga abah ke sana.
Ida kongsikan jika anda orang pertama kali nak ke sana.
Call dulu untuk dapatkan maklumat jika Dr.Jeganathan bertugas ataupun tidak.
Dan pergi ke klinik bawa bersama KAD PENGENALAN DIRI.

Jika ingin berjumpa dengn Dr.Jega ,waktu beliau berada di klinik ialah :
Ahad &Rabu : 8am-2pm & 8pm-10.30pm (malam tak pasti buka sampai pukul berapa)
Isnin-Sabtu : 8am-2pm sahaja.

Pada waktu lain,doktor lain yang akan bertugas iaitu DR. AMIR.

Bagi ida,tak kisah doktor mana sebab ubat yang digunakan,sudah tentu ubat yang sama kan? 
Jika anda ingin buat temujanji kali ke-2,call sehari sebelum untuk temujanji. Beri 4 ANGKA TERAKHIR KAD PENGENALAN pesakit. WAJIB CALL!! Kalau nak terus pergi,pastikan sampai disana sebelum pukul 8 pagi.

Sebab klinik ini sangat ramaiii pesakitnya.

Dan selepas buat panggilan temujanji,jika ada saudara mara di KOTA BHARU,boleh minta tolong ke KLINIK JEGA pada hari temujanji UNTUK MENGAMBIL NOMBOR GILIRAN. (Pastikan anda buat anggaran yang lebih kurang untuk pesakit sendiri sampai di klinik,jika tak terlepas nombor giliran nanti)

Kali pertama bawa aboh,kami pergi pukul 2pm dan buat temujanji. Turn aboh pukul 3.30pm. Jadi,kami balik ke homestay dulu untuk aboh makan dan solat.

Selepas 3hari cucuk di klinik ni,dengan izin Allah,aboh dah boleh berdiri dan duduk sendiri yang mana sebelum ini,semua perlu diangkat.

Kali kedua pergi,Ida buat temujanji pada pukul 8.30malam. Pagi esoknya,kami bertolak dari KUALA LIPIS dan sampai di KLINIK JEGA pukul 9.30pagi.

Ambil nombor,turn aboh NO.55! Memang ramai betul tiap pagi kat klinik ni. Kebanyakan memang orang yang stroke.

Bagi anda yang berada jauh dari KOTA BHARU,seeloknya carilah homestay untuk bermalam. Supaya tak kelam kabut.

Susun temujanji mengikut kesesuaian anda.
Semua dengan izin Allah jua bagaimana pun kn.
Moga anda sentiasa sihat 
Ni ida kongsikan 
NO TELEFON KLINIK JEGA : 09 -7441758

COORDINATE: 3585, Jalan Ismail, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan @6.128789,102.238062



SHARE lah mana tahu ada orang yang memerlukan.